CIRI-CIRI PASANGAN YANG MENCINTAI KAMU SEADANYA
CIRI-CIRI PASANGAN YANG MENCINTAI KAMU SEADANYA
"adakah pasangan anda serius dengan anda?"
Pernahkah anda terfikir, hubungan yang anda semai bersama pasangan anda, adakah satu hubungan yang utuh? Pernahkah anda terfikir, adakah pasangan anda serius dengan anda? Mahukah si dia sehidup semati bersama anda? Melayari bahtera rumah tangga bersama-sama sehingga ke akhir hayat? Bagi yang belum berkahwin pula, adakah selama ini hubungan ini memang difikirkan sehingga tahap terikatnya dengan sesuatu pertalian yang sah?
Sejauh mana hubungan itu mahu dibina? Kalau sampai ke syurga, Alhamdulillah. Namun, apa akan terjadi jika sebaliknya pula? Apa yang perlu diketahui, bagaimana ciri-ciri pasangan anda yang menunjukkan bahawa mereka mencintai anda seadanya? Pernahkah anda terfikir mengenai ini? Ok, teruskan baca artikel ini untuk mengetahui ciri-ciri pasangan yang mencintai kamu seadanya.
Menerima anda seadanya
Dimata mereka, anda adalah yang terbaik, anda adalah yang tercantik dan yang paling kacak. Mereka menerima segala kelemahan dan kebaikan yang ada pada diri anda. Mereka tak akan senang-senang menyuruh anda menjadi itu ini, sesungguhnya mereka senang dengan anda. Mereka mampu terima anda seadanya.
Berupaya memperbaiki diri
Jika si dia menginginkan anda, dia akan melakukan berbagai cara untuk memperbaiki dirinya. Sebagai contoh mudah yang kita dapat lihat pada masyarakat sekarang adalah, apabila si perempuan tidak suka akan lelaki yang menghisap rokok, lantas si lelaki berusaha untuk meninggalkan tabiat itu. Ini bermakna, si lelaki cuba untuk memperbaiki dirinya demi pasangan orang yang dicintai.
Sentiasa memberi perhatian
Si dia sentiasa menunjukkan perhatian kepada anda. Maksud perhatian disini bukan sekadar tanya ‘sudah makan ke belum’ tetapi juga seperti bertanyakan khabar tentang anda dan keluarga anda. Mereka juga sentiasa alert akan hari lahir anda, malah turut meraikannya. Itu tandanya, si dia sudah mula memberi perhatian buat orang yang mereka sayangi.
Meluangkan masa bersama
Apabila si dia sudah mula sukakan anda, sesibuk manapun, si dia tetap akan meluangkan masa bersama anda walaupun sekejap. Walaupun hanya sekadar melalui handphone sahaja, tetapi, si dia tetap akan berasa puas dapat menghubungi orang yang mereka sayangi dan cintai. Namun perkara yang dibualkan haruslah tidak menjurus kepada maksiat dan kemungkaran.
Kekurangan bukan dijadikan bahan ejekan
Setiap kekurangan yang ada pada diri anda, tidak akan dijadikan sebagai bahan ejekan. Mereka akan lebih bersifat matang. Kalau dah boleh menerima kekurangan anda, tak akan pula kekurangan itu akan dijadikan bahan ejekan pula kan?
Jujur dan terbuka
Apabila si dia sudah selesa bersama anda, si dia tidak segan untuk menceritakan masalah mereka. Mereka berasa lebih terbuka dengan anda. Selain itu, mereka juga akan bersikap jujur terhadap anda, bila dah rasa senang bersama anda, apa jua yang dilakukan, berterus terang sahaja agar kelak tidak akan membawa kepada perbalahan dalam hubungan itu. Berdasarkan kajian juga, salah satu kunci hubungan yang harmoni apabila pasangan sentiasa bersikap terbuka dan jujur terhadap insan yang mereka sayangi.
Berikut adalah beberapa ciri pasangan yang mencintai anda seadanya, mereka sanggup menerima baik dan buruk yang terdapat pada diri anda. Tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini. InshaAllah, yakinlah pada sesuatu hubungan, sentiasa berdoa pada Allah SWT supaya hubungan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Amin.
Belum ada jodoh?