HEBATNYA WANITA DISISI ISLAM!

HEBATNYA WANITA DISISI ISLAM!

"Islam memandang wanita dengan penuh keistimewaan malah lebih unggul berbanding kaum lelaki"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi

Betapa istimewanya seorang wanita disisi Islam. Islam memandang wanita dengan penuh keistimewaan malah lebih unggul berbanding kaum lelaki. Bahkan, didalam Al-Quran juga turut tertulis dimana kedudukan wanita dan kemerdekaanya dengan kaum lelaki dan di dalam Al-Quran juga terdapat surah yang mengandungi nama perempuan, iaitu “Surah An-Nisa”. Rasulullah SAW ketika ditanya siapa orang yang paling berhak untuk dihormati dan didahulukan, lalu beliau menjawab “ibumu! ibumu! ibumu! kemudian ayahmu“. Begitu besar darjat seorang wanita!

Wanita yang solehah merupakan perhiasan di dunia. Wanita sudah dikurniakan dengan kecantikan dalaman atau inner beauty yang luar biasa, malah mereka juga sinonim dengan keindahan. Justeru, peliharalah kecantikan anda.

Wanita yang solehah lebih baik berbanding seribu lelaki yang tidak soleh. Begitu mulia seorang wanita disisi Islam. Oleh itu, marilah kita semua mengejar “title” wanita solehah itu.

Doa seorang wanita yang soleh lebih makbul, ini adalah kerana ketaatannya, kesabarannya dan keakrabannya pada Allah serta sifat mereka yang penyayang melebihi dari sifat penyayang seorang lelaki. Ianya jelas bahawa doa seorang yang penyayang adalah tidak sia-sia.

 

“Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (HR Muslim).”

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar